KOSMETIK TANPA SLS

Apa itu Sodium Lauryl Sulfate (SLS) ataupun Sodium Laureth Sulfate (SLES) ?

Cuba anda masuk dalam bilik air nanti, ambil Shampoo anda, pencuci muka, sabun mandi anda dan baca label Ingredients nya.

Ada tak tertulis bahan Sodium Lauryl Sulfate ni ? Produk apa yg ada SLS tu?
.
.
.

KOSMETIK TANPA SLS! APA YG PERLU ANDA TAHU ?

SLS ataupun Sodium Lauryl Sulfate mula menjadi viral dan menarik perhatian apabila email mengenai bahaya SLS dan boleh menyebabkan kanser telah disebar melalui internet.

Penulis email tersebut mendakwa Sodium Lauryl Sulfate, sejenis peluntur yang didapati dalam syampoo dan ubat gigi boleh menyebabkan kanser dalam satu kajian ke atas haiwan.

Tetapi setelah disemak. Email tersebut adalah email palsu dan penulisnya tidak dapat disahkan. Walaubagaimanapun, email tersebut telah diviralkan dan ramai yang menganggapnya benar. Ramai juga netizen yang kemudian menambah dan mengulas bagaimana SLS ini menyebabkan kanser berdasarkan journal-journal kajian yang disalah tafsir.

Syarikat Pengeluar Kosmetik dan Produk Penjagaan Diri “Organik” dan “Bebas Bahan Kimia” pula menggunakan kesempatan ini untuk memasarkan produk SLS FREE atau produk kosmetik Tanpa SLS untuk menarik pelanggan yang telah ditakut-takutkan dengan bahaya SLS. Ini dianggap sebagai “misleading marketing”.

Apa Sebenarnya SLS?

SLS adalah bahan surfactant yang digunakan di dalam kebanyakan produk kosmetik dan penjagaan diri terutamanya produk yang digunakan untuk membersih atau menghilangkan kotoran.

Apa itu bahan surfactant ? Dari segi saintifiknya, surfactant adalah bahan yang digunakan untuk mengurangkan ketegangan permukaan air supaya ia dapat bercampur dengan cecair lain ataupun dapat membasahkan sesuatu permukaan.

Contohnya, jika kita lihat apabila air dicurahkan ke atas daun keladi. Air tidak dapat membasahkan daun keladi dan membentuk titisan air yang besar kerana ketegangan permukaan air yang tinggi. Apabila bahan surfactant ini dicampurkan, titisan air ini menjadi lebih kecil dan lebih banyak permukaan akan dapat dibasahkan.

Dalam formulasi kosmetik, SLS ini digunakan supaya semua bahan-bahan yang digunakan dapat bercampur dengan baik. Terutamanya bahan berasaskan air dan minyak. Tanpa SLS, kita akan dapati cecair dalam kosmetik akan membentuk beberapa lapisan yang tidak bercampur.

Tetapi, kegunaan sebenar SLS ini adalah untuk membantu proses pembersihan dan menghilangkan kotoran. Apabila SLS dicampurkan, cecair sabun dan shampoo akan jadi lebih halus, ketegangan permukaannya lebih rendah dan dapat melekat dengan kotoran lebih baik. Maksudnya, lebih banyak permukaan dapat dibasahkan dan lebih banyak kotoran dapat dikeluarkan.

Oleh sebab itu juga, SLS ini banyak digunakan dalam produk-produk pencuci, peluntur dan juga racun serangga. Jika ia digunakan dalam racun serangga bukan bermaksud SLS ini adalah racun. Air juga digunakan dalam pembuatan racun, ini bukan bermaksud air racun dan berbahaya.

=======
KAJIAN BAHAYA SLS
=======

#1. SLS TIDAK MEROSAKKAN MATA

Beberapa laman web mendakwa SLS boleh merosakkan mata dan menyebabkan gangguan penglihatan. Mereka merujuk kepada hasil kajian Dr Keith Green dari Medical College of Georgia.

Setelah Dr Keith Green dihubungi, beliau menyatakan hasil kajiannya disalahtafsir. Kajian sebenarnya mendapati mata yang telah rosak akibat kecederaan fizikal ataupun disebabkan oleh bahan kimia akan sembuh lebih lambat jika kornea terdedah kepada SLS pada kepekatan yang tinggi. Kajian Dr Green ini tidak menyatakan mata yang terkena produk penjagaan diri yang mengandungi SLS boleh menyebabkan buta atau kerosakan kornea yang teruk.

Tuduhan kedua pula mengatakan SLS boleh merosakkan kanta mata dan menyebabkan Katarak. Tuduhan ini dirujuk daripada beberapa kajian makmal dan jurnal pada tahun 1987 dalam Jurnal Biological Chemistry.

Tetapi struktur anatomi mata sebenarnya melindungi kanta mata daripada terdedah kepada SLS, di mana kanta mata ini dilindungi oleh lapisan kornea yang tidak terkesan dengan SLS daripada produk harian yang kita gunakan di rumah.

#2. SLS MENYEBABKAN KULIT GATAL?

Kajian yang dijalankan mendapati kepekatan SLS melebihi 2% boleh menyebabkan kulit gatal. Rasa gatal ini bergantung kepada kepekatan SLS dan tempoh bahan SLS ini bersentuhan dengan kulit.

Produk pencuci yang mengandungi SLS boleh menyebabkan kulit gatal jika tidak diformulasikan dengan betul. Walaubagaimanapun, produk yang mengandungi SLS tidak semestinya menyebabkan kulit jadi gatal.

#3. SLS TIDAK MENGHAKIS KULIT

Pihak yang menggunakan terma TANPA SLS juga mendakwa bahan SLS ini boleh menghakis kulit. Bahan Menghakis adalah bahan yang boleh menyebabkan kerosakan kulit kekal apabila terkena pada kulit. Tetapi dokumen keselamatan MSDS untuk SLS tidak mengkategorikan SLS sebagai bahan corrosive (menghakis) dan tidak memerlukan apa apa cara istimewa untuk menggunakannya. Jadi, kenyataan SLS sebagai bahan yang boleh menghakis adalah tidak tepat.

#4. SLS TIDAK MENYEBABKAN KANSER

Tuduhan yang paling berat adalah SLS adalah Karsinogenik iaitu bahan yang boleh menyebabkan kanser. Tidak pasti dakwaan ini berasal dari mana, kemungkinan daripada salah tafsir beberapa laporan kajian. TIADA kajian ataupun bukti saintifik yang menyokong atau membuktikan SLS adalah bahan karsinogenik.

Persepsi salah bahawa SLS adalah karsinogenik kerana SLS selalu digunakan dalam kajian bahan-bahan lain yang boleh menyebabkan kanser. Dalam kajian ini, SLS digunakan sebagai pembawa atau vehicle untuk memproses bahan karsinogenik yang dikaji.

Satu lagi dakwaan mengaitkan SLS dengan kanser adalah berdasarkan tindakbalas kimia antara SLS dan formaldehyde yang menghasilkan bahan Nitrosamines. Nitrosamines dikaitkan dengan beberapa jenis kanser dan dikategorikan sebagai bahan yang boleh menyebabkan bergantung dengan jenis species kimianya.

Tetapi secara saintifiknya SLS tidak bertindakbalas dengan formaldehyde. Nitrosamines mengandungi 2 atom nitrogen tetapi SLS dan formaldehyde kedua-duanya tidak mengandungi satu pun atom nitrogen, jadi bagaimana ia boleh bertindakbalas untuk menghasilkan nitrosamine-mengandungi-nitrogen.

============
JIKA ANDA MALAS NAK BACA TULISAN PANJANG DI ATAS, CUKUP BACA KESIMPULAN DI BAWAH
=============

Kesimpulannya ::

1. PRODUK TANPA SLS adalah “misleading marketing” yang mengelirukan pengguna untuk melariskan produk tertentu yang didakwa lebih selamat.

2. PRODUK TANPA SLS bukan bererti produk itu lebih baik atau lebih selamat berbanding produk yang mengandungi SLS.

3. Jangan risau jika produk pencuci atau skin care anda mengandungi SLS. Bahan SLS adalah selamat.
.
.
.
BOLEH SHARE INFO INI?

Biasa orang ramai tidak suka share info penjelasan seperti ini. Orang lebih suka share info dakwaan sesuatu bahan itu adalah beracun dan boleh menyebabkan kanser kan?

Jadi jika anda melihat produk-produk yang dipasarkan menggunakan tagline “TANPA SLS, TANPA PARABEN”. Katakan pada mereka, ini semua “MISLEADING MARKETING”.
.
.

Leave a comment