Dari situ beliau lebih berfikiran terbuka, yang menyumbang kepada kejayaannya hari ini. Sehingga Ogos 2017, Alibaba mempunyai 529 juta pengguna aktif di seluruh dunia. Alibaba beroperasi di lebih 200 buah negara dan merupakan syarikat peruncitan terbesar di dunia, mengalahkan Walmart.
Tips Motivasi Dalam Perbualan Dan Penceritaan
- “Manusia merangkau dunia dengan komunikasi dan perbualan”
- “Ada kalanya cerita dongeng menjadi satu cerita teladan yang membangun”
- “Masa depan yang cerah kepada sesiapa yang bersajak”
- “Manusia belajar berfikir melalui imaginasi dan penceritaan”
- “Realiti hidup kadang kala sangat merumitkan. Cara yang terbaik untuk ringkaskannya adalah melalui penceritaan”
- “Biarkan pengalaman didalam memori akan kekal seumur hidup. Kongsikannya akan kekalkannya selama-lamanya”
- “Beritahu cerita yang sangat memberikan inspirasi kepada orang lain”
- “Cerita yang terbaik adalah anda tidak perlu menyatakan mesej utama cerita tersebut secara jelas”
- “Dunia telah dibentuk oleh nenek moyang kita. Itulah sebabnya kita hidup sekarang”
- “Kata-kata daripada American Indian : Barangsiapa yang menceritakan sesuatu dialah yang akan menakluki dunia”
- “Tiada yang lebih menyakitkan daripada menyimpan mesej sesuatu dalam diri sendiri”
- “Melalui penceritaan, ia boleh membawa manusia kedalam dunia yang tidak pernah dilihat dan didengari”
Tips Motivasi Hidup Dalam Kejujuran
- “Tiada erti dalam kehidupan tanpa kejujuran dan kesetiaan”
- “Kita perlu jujur pada diri sendiri dan katakan TIDAK kepada yang berbuat jahat keatas kita”
- “Tiada yang lebih bererti daripada kejujuran yang dituturkan dan yang perbuatan yang dilakukan”
- “Kejayaan akan dicapai sekiranya mengaplikasikan kejujuran”
- “Orang yang berjaya mencapai kejayaan dengan kejujuran dan keazaman”
- “Kadangkala waktu yang terdesak boleh menjadikan kita jujur”
- “Jadi diri anda sendiri dan bukannya bayangan orang lain”
- “Jadilah orang yang benar-benar diri anda, dan bukannya berkelakuan sebagai mana orang mahukan”
- “Jangan jadikan orang sekeliling yang mencuba jatuhkan anda sebagai satu penghalang kepada kejayaan”
- “Kenapa anda perlu sembunyikan diri anda sendiri dan menyeksa diri?”
- “Diri anda yang sebenar bukan ditentukan oleh orang sekeliling, tetapi oleh apa yang anda ingin tonjolkan”
- “Kebenaran tidak boleh disimpan sebagai satu rahsia”
- “Kesahihan datang bersama integriti dan kejujuran”
- “Dengan menjadi diri sendiri, anda mempunyai risiko untuk gagal ataupu berjaya dengan besar”
- “Sembunyikan kebenaran semata-mata untuk mendapat perlindungan adalah cara yang teruk”
- “Dengan kebenaran yang terdapat dalam diri anda, ia boleh menjadikan anda seseorang yang lebih baik daripada orang lain”
- “Tiada bandingan sekiranya anda bertindak jujur”
- “Gandinagan kejujuran, kebaikan dan kesamarataan menjadi situasi lebih baik”
- “Jika tiada sifat kesama rataan akan menyebabkan pergaduhan”
- “Ketelusan boleh mengelakkan situasi berat sebelah”
- “Ketelusan boleh membuka jiwa”
- “Ketelusan dilihat pada luaran dan dalaman”
- “Ketelusan dalam hidup kita perlu sepertimana kebebasan yang kita ada”
- “Kebenaran tidak akan sesekali bercanggah dengan ketelusan”
- “Jangan tertukar ketelusan dengan kecintaan”
- “Keamanan adalah telus kepada semua manusia”
- “Demokrasi adalah salah satu bentuk ketelusan”
- “Semua pekerjaan perlu ada ketelusan”
- “Kejujuran adalah salah satu bentuk kebijaksanaan”
Tips Motivasi Diri Dalam Kerja Berpasukan
- Apa yang membentuk masyarakat dan tamadun adalah komitmen daripada setiap individu.
- Untuk menjadi juara, masyarakat perlu bekerjasama sebagai satu kumpulan.
- Kerja berpasukan meneraju kejayaan dengan satu wawasan setiap ahli.
- Bekerja persendirian hanya mendapat sesuatu yang kecil berbanding dengan kerja berpasukan.
- Kerja berpasukan hanya boleh diaplikasikan melalui kepercayaan setiap ahli.
- Cita-cita peribadi tidak sepatutnya melebihi cita-cita pasukan ataupun kumpulan.
- Dua fikiran adalah lebih baik daripada fikiran persendirian.
- Kekalkan kumpulan bersama dan bekerja sebagai satu unit adalah cukup dikatakan sebagai satu kejayaan.
- Kejayaan tidak akan berada di hadapan anda tetapi akan sentiasa mengikut rentak anda.
- Tiang bagi sesuatu pasukan adalah ahlinya dan setiap ahli merupakan pasukan.
- Intelektual kolektif adalah lebih baik daripada satu.
- Untuk menghasilkan api, dua batu diperlukan.
- Perpaduan adalah satu kekuatan yang hanya boleh dicapai oleh pasukan.
- Kerja berpasukan akan menjadi lebih kuat sekiranya ahli tidak mementingkan diri sendiri.
- Satu pasukan dengan satu matlamat boleh dicapai dengan perpaduan.
Tips Motivasi Berfikiran Terbuka
- Membuka mata dan mendengar adalah medium kepada pembelajaran dan kebijaksanaan.
- Mencari sesuatu boleh membawa kepada kejayaan.
- Pemikiran terbuka tidak boleh dibentuk dari pendidikan dan pengetahuan.
- Buka fikiran anda dalam semua situasi.
- Tiada kritikan yang negatif kepada berfikiran terbuka.
- Untuk meyakinkan seseorang, anda perlu berfikiran terbuka dan mendengar pandangan mereka terlebih dahulu.
- Keyakinan bukan terletaknya pada jumlah jawapan yang boleh diberikan kepada sesuatu soalan, tetapi tahap keterbukaan kepada setiap soalan.
- Sebahagia hidup anda adalah ditentukan dan sebahagian lagi ditentukan dengan tindakan anda.
- Orang yang berfikiran negatif sentiasa mengelak, orang berfikiran positif sentiasa mencari peluang, dan orang yang berfikiran terbuka sentiasa bertindak kepada sesuatu situasi.
- Bersedia sebelum memulakan perbualan.
- Perkara yang paling susah untuk dilakukan adalah memikirkan bagaimana untuk bertindak.
- Setiap hari, sama ada anda yang menentukan nasib ataupun nasib yang menentukan anda.
Tips Motivasi Untuk Serba Boleh
- Dalam kehidupan, kemenangan adalah apabila anda boleh sesuaikan diri sebagai seorang pemenang.
- Penyesuaian diri dalam sesuatu masalah boleh membawa anda kepada kejayaan.
- Anda akan mengatasi semua masalah dengan baik sekiranya anda boleh sesuaikan diri dengan menerima cabaran.
- Kehidupan ini dipenuhi dengan perubahan, dan sekiranya anda tidak boleh berubah, anda akan ketinggalan.
- Organisasi yang berjaya mempunyai kebolehan untuk berubah kepada yang lebih baik.
- Perubahan seseorang boleh memberikan mereka satu peluang yang baharu.
- Sesuatu yang anda benci boleh bertukar kepada sesuatu yang anda suka, jika anda boleh sesuaikan diri dengannya.
- Perubahan pada diri adalah sukar, namun sangat berbaloi.
- Sepertimana air, orang yang berjaya dan bijaksana boleh sesuaikan dirinya dalam mana-mana bentuk masyarakat.
- Jika anda sanggup mengambil risiko, anda akan mencapai lebih daripada yang anda ada sekarang.
- Hidup di penuhi dengan gunung, dan jangan berasa kesal jika anda jatuh. Kejayaan berada disebalik setiap usaha.
Tips Motivasi Untuk Semangat Yang Membara
- Semangat yang anda ada mampu mengubah dunia.
- Mempunyai hidup yang tidak mencapai apa-apa kejayaan bermakna anda tidak mempunyai sebarang semangat.
- Perkembangan, pengetahuan dan kebijaksanaan tiada henti kepada sesiapa yang mempunyai semangat.
- Semangat adalah salah satu anugerah yang membolehkan manusia menakluki dunia.
- Biarkan semangat dan keghairahan anda memandu anda kejayaan.
- Sebelum kita boleh merasakan semangat, anda perlu bertindak kearahnya.
- Memberitahu seseorang akan semangat bagi yang belum pernah merasainya, bagaikan memberitahu tentang cahaya kepada yang buta.
- Orang-orang yang berjaya dahulu mempunyai semangat yang besar untuk maju kehadapan.
- Semangat tidak boleh dibuat-buat.
- Permulaan yang bersemangat akan diakhiri dengan keputusan yang cemerlang.
- Semua pemimpin mempunyai jalan hidup yang penuh dengan cabaran dan semangat.
- Jangan berharap sesuatu akan berlaku dengan semula jadi. Anda perlu tukarkan impian tersebut sebagai semangat dan berusaha untuk mencapainya.
- Sukakan apa yang anda lakukan. Dengan itu, anda akan merasakan lebih bersemangat dalam apa jua perkerjaaan yang anda lakukan.
- Semangat untuk hidup hanya akan berhenti apabila anda hembuskan nafas yang terakhir.
- Adalah lebih wajar memilih rakan yang mempunyai semangat yang sama.
- Sekiranya ada semangat yang membara, nescaya akan berjaya.
