Peranti seni komunikasi

Oppo Malaysia baru-baru ini melancarkan model F11 Pro sekali gus menambah satu lagi produk telefon pintar siri F.

Menaik taraf daripada pakar swafoto ke potret cemerlang, model ini dilengkapi sensor imej 48 megapiksel (MP) dengan pengecasan VOOC 3.0 Flash Charge dan reka bentuk yang ramping.

Pengarah Jenama Oppo Malaysia, Nikki Chen berkata, seiring dengan keupayaan prestasi yang memberangsangkan, siri F memaparkan reka cipta dan seni bina yang sempurna.

“Dengan Oppo F11 Pro, kami menawarkan produk premium yang memenuhi cita rasa pasaran telefon pintar di Asia dan lainnya.

“Kami menerima sambutan yang menggalakkan di Malaysia setakat ini dan teruja untuk membawa model ini ke seluruh negara.

“Direka untuk generasi muda yang gemarkan teknologi tinggi, ini adalah produk yang direka untuk menawarkan pendekatan fungsi bersama dengan keupayaan yang luar biasa, teknologi inovatif, pembuatan yang halus dan reka bentuk yang unik. Dengan pelancarannya kami yakin akan terus dapat mengembangkan jenama ini di Malaysia dan mendapat lebih banyak pencapaian ketika kami bergerak ke hadapan,” katanya.

Oppo F11 Pro adalah gabungan alat dan seni komunikasi, menyediakan ciri-ciri bertaraf dunia termasuk fotografi dengan cahaya rendah dan jangka hayat bateri yang panjang.

Membawa fokus baharu dari swafoto ke fotografi potret, pelancaran Oppo F11 Pro juga menandakan kemasukan telefon pintar Siri F ke dalam pasaran yang pelbagai. Oppo juga merupakan pengeluar telefon pintar pertama yang mencipta reka bentuk kecerunan tiga-warna dikenali sebagai thunder black. Reka bentuk kecerunan unik ini menyatukan warna merah dan biru bersama dengan hitam klasik seumpama meteor yang melintasi langit malam.

Oppo juga mencipta reka bentuk kecerunan dua-warna unik, iaitu Aurora Green yang mendapat inspirasi daripada lautan biru yang bertenaga melengkapi benua hijau yang subur.

Oppo terus berinovasi dalam bidang fotografi swafoto . Ia mengambil langkah mendorong pengguna untuk menjadi mahir dengan meningkatkan fungsi kamera belakang bagi membantu pengguna merakam gambar yang hebat pada bila-bila masa dan di mana sahaja,

Model berkenaan juga menggunakan teknologi Mod Ultra Night dan Mod Colour Dazzle. Teknologi ini memanfaatkan kepintaran buatan (AI) dan teknologi pengurangan hingar berbilang bingkai bagi mencapai pengurangan bunyi, penstabilan genggaman, cengkaman sorotan dan julat dinamik yang dipertingkatkan.

Teknologi-teknologi ini sekali gus membolehkan pengguna menangkap lebih banyak tahap kecerahan dan perincian yang biasanya melebihi had mata manusia.

Apabila menangkap potret malam, Oppo F11 Pro secara automatik boleh membezakan wajah manusia dari latar belakang, memastikan bahawa manusia adalah fokus pemandangan.

Dilengkapi dengan lensa 48 MP, Mod Ultra Night, dan Mod Colour Dazzle, model ini memiliki kombinasi perkakasan dan aplikasi perisian yang membolehkan pengguna untuk mudah menangkap potret-potret malam yang lebih terperinci dan menakjubkan.

Berkenaan dengan permainan video ,Oppo secara bebas telah membangunkan enjin pecutan prestasinya sendiri yang dipanggil Hyper Boost, dioptimumkan untuk 11 permainan mudah alih yang popular

Di samping itu, Oppo juga memperkenalkan dua peralatan bermanfaat iaitu Game Space dan Game Assistant, memberikan pengalaman bermain yang lebih lancar

Model ini juga dilengkapi dengan sistem ColorOS 6 baru, yang direka khas untuk telefon pintar berskrin penuh.

Reka bentuk tanpa sempadan yang inovatif terus meningkatkan kemudahan penggunaan.

Di samping itu, ColorOS 6 mempunyai pelbagai fungsi, termasuk perkhidmatan awanan Oppo, bantuan pintar dan navigasi gerakan yang membolehkan pengguna mengalami gaya hidup yang lebih pintar.

Leave a comment